Cerita Gayong


Gayong, nama seorang hulubalang
melayu yang teragong. Dia berpegang teguh pada amanah dan perintah Allah,
seterusnya melahirkan Seni Gayong.
Seni Gayong, Tujuh hulubalang adik beradik belayar di
Lautan Tujuh. Mereka berpantun ditengah lautan katanya:


Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Perpecahan Gayong perpecahan sayang,
Satu masa balik berpadu teguh.

Mereka berpecah di seluruh Tanah Besar Melayu. Namanya DaingJalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelonggi dan Daing Kuning.

Daing Kuning mewarisi kepada Long Che Ngah tambah kemudian
Long Che Ngah tambah mewarisi kepada Daing Uda Muhamad Hashim, di sinilah
tertubuhnya Silat Seni Gayong.


Silat Seni Gayong ditubuhkan pada tahun 1938, dengan usaha
Dato' Daeng Uda Mohammad Hashim bersama anak-anaknya iaitu Daeng Meor Abd Aziz
dan Daeng Meor Abd Rahman (Mahaguru Dato' Meor Abd Rahman berpusat di Ayer
Kuning, Taiping, Perak.
Pada tahun 1940, Dato' Meor Abd Rahman telah mengembangkan
silat di Singapura.
Pada tahun 1950, Dato' Meor Abd Aziz telah mengembangkan
Silat Seni Gayong di Seberang Perai, Pulau Pinang.


Pada tahun 1955, Allahyarham Tunku Kassim(Tunku Laksamana)
telah membawa Dato' Meor Abdul Rahman dan ahli-ahli Silat Seni Gayong dari
Singapura membuat persembahan di Istana Sultan Kedah dan menyertai Gayong.


Pada tahun 1956 Pak Lang Yusuff Salleh dan saudara-saudaranya menyertai
Silat Seni Gayong melalui Dato' Meor Abd Aziz.
Pada bulan April 1957, Abd Majid Md Isa menyertai Silat seni Gayong, berlatih dengan Guru Latih Ismail Mansor selama setahun dan pada
tahun 1958 digantikan dengan Cikgu Qamari Melan dari Singapura.


Pada tahun 1959, Dato' Meor Abd Rahman bersama Dato' Oon Jaafar dan ketua-ketua Silat Seni Gayong Singapura dan Johor membuat lawatan ke Kedah, dan membawa Abd Majid Md Isa ke Singapura untuk menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Silat Seni Gayong Singapura.

Pada tahun 1960, Abd Majid Md Isa dilantik menjadi GuruLatih, seterusnya menjadi Guru Latih di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ramai muda-mudi di Kedah menyertainya iaitu Cikgu Ramli Ibrahim, Awang Daud, Ibrahim Abdullah, Hashim Muhamad, Ismail Chik, Samad Said, Ahmad Lazim serta lain-lain lagi.

Pada tahun 1961, Abd Majid Md Isa sekali lagi dipanggil oleh Dato' Meor Abd Rahman ke Singapura untuk menjalani latihan bermain senjata seperti pisau, keris, sembat, seterusnya dilantik menjadi Guru Latih tertinggi di seluruh Malaysia,ditugaskan mengajar Silat Seni Gayong.

Pada tahun 1962, Abd Majid Mat Isa, Ramli Mat Araff, Ramli Ibrahim dan Kamsiah Rashid telah dibawa oleh Dato' Meor Abd Rahman dari Kedah ke Singapura untuk membuat persembahan silat dan mendapat sambutan dari seluruh masyarakat melayu. Pada tahun 1963, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia didaftarkan dan diluluskan dengan nombor pendaftarannya 361 di Johor Baharu atas usaha Dato' Oon Jaafar.


Pada tahun 1964, Perdana Gayong Pertama diadakan di Stadium Alor Setar, Kedah. Wang pungutan sebanyak RM 12,000 telah berjaya dipungut atas usaha Cikgu Md Nanyan Saad, Cikgu Othman Hanafiah dan lain-lain lagi.

Pada tahun 1965, Abd Majid Mat Isa melangsungkan perkahwinan dengan Enah bt Yaman, dan pada tahun ini juga Abd Majid Mat Isa bersama-sama Dato' Meor Abd Rahman, Siti Kalsom dan Md Khir Saad pergi ke Trengganu dan Kelantan untuk mengembangkan Silat seni Gayong.
Pada tahun 1976, Abd Majid Mat Isa, bersama-sama 12 orang ahli Seni Silat Gayong telah mengadakan pertunjukan di Medan,Indonesia.
Pada Ogos 1977, Abd majid Mat Isa telah dipecat daripada Guru Latih Tertinggi oleh Dato' Meor Abd Rahman. (Ada cerita berbagai versi hanya ALLAH jua mengetahui, jauhi dari sifat FITNAH)


Pada April 1978,
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia

ditubuhkan dengan no. pendaftaran 1756. Pada mulanya hanya 6 cawangan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang. Pertubuhan ini bergerak dengan baik pada mulanya, Ia dapat menyusun
mesyuarat agong selama 10 tahun, tetapi akhirnya tidak dapat bergerak kerana
banyak cawangan dibubarkan pendaftarannya.


Pada tahun 1994, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berpecah menjadi dua, maka lahirlah Silat Seni Gayong Warisan Serantau yang dipimpin oleh Encik Badekrulzaman.
Pada 31 Disember 1994, Pertubuhan Gayong Malaysia telah mengadakan Perdana Gayong kali ke2 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah.

Cawangan-cawangan yang didaftarkan 6 cawangan di Kedah, 1 di Perlis, 7 di Pulau Pinang, 1 di Selangor, 1 di Johor, 1 di Melaka, 2 di Trengganu, 5 di Pahang, dan 10 di Kelantan.
Ahli-ahlinya lebih kurang 10, 000 orang.


Perrtubuhan Seni Silat Pusaka Gayong masih berjalan dengan baik dan dapat mengadakan kursus-kursus pelajaran, persembahan silat serta menyertai pertandingan-pertandingan silat seni dan menjuarainya setiap tahun.

Walaupun Dato' Meor Abd Rahman dan Pak Lang Yusuff telah
meninggal dunia, usaha untuk menyatukan gayong masih tidak berjaya. Oleh itu
marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembelingkan usaha memajukan
pertubuhan ini. Walaupun apa terjadi kita akan terus berusaha menyatukan
kembali gayong kita melaui Adat Istiadat Gayong agar tercapai perpaduan bangsa
Melayu. Insyaallah kita akan berjaya dengan berkat kesabaran dan keimanan,
Allah akan memberi pertolongan akan niat baik kita ini.



"GAYUNG BERGAYUT KATA BERSAHUT"


::##################################################::

PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG
M A L A Y S I A

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia(PSSPGM)
telah ditubuh dan didaftarkan pada tahun 1978. Pengasas-pengasas utamanya ialah
Allahyarham Tuan Hj Yusof bin Salleh dan Encik Abd Majid bin Md Isa (PJK).


Tuan Hj Yusof bin Salleh adalah Pengerusi pertubuhan ini dan Encik Abd Majid bin Mat Isa adalah Pengarah Guru-guru dan Jurulatih-jurulatih pertubuhan ini. Pertubuhan ini menggunakan Silat
Gayung sebagai mata pelajarannya. Kedua-dua pengasas ini telah mempelajari
Silat Gayung daripada Mahaguru Daing Uda Hashim dan anak-anaknya Meor Abd Aziz
bin Daing Uda Hashim dan Dato' Meor Abd Rahman bin Daing Uda Hashim bermula
pada tahun 1956 di Kedah Darulaman .


###############################################


BIODATA GURU LATIH KANAN SILAT PUSAKA
GAYONG MALAYSIA


Abd Majid Bin Md Isa,dilahirkan di Negeri Jelapang Padi. Berasal dari Kg Kepala Bukit, Gurun, Kedah Darulaman. Mula bergiat dalam Seni Silat Gayung pada 1956, melalui Mahaguru Meor Abd Aziz, Daing Uda Mohd Hashim (Bapa) serta Tuan Guru Haji Hussain Dol (seorang alim ulama).
Beliau telah diarahkan oleh Mahaguru Meor Abd Rahman (adik Mahaguru Abd Aziz) dan Allahyarham Dato' Oon Jaafar mendalami ilmu persilatan ini di pusat latihan Seni Silat Gayung School Wood Land Singapura pada tahun 1959, selama setahun. Setelah segalanya selesai beliau pulang ke Kedah dan menjadi jurulatih di sana sebagai Guru Tertinggi pada tahun 1960.

Pada penghujung tahun 1961 sekali lagi beliau ke Singapura
mendalami ilmu bermain senjata (keris) dan paada pertengahan 1962, beliau
pulang semula ke Kedah dan di sini beliau melatih murid-murid bermain senjata
sehingga kini.


Tempat-tempat yang pernah beliau ajar seperti di Johor,
Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Trengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis,
Penang dan Medan Indonesia. Beliau mempunyai anak
seramai 10 orang (7 lelaki dan 3 perempuan)




Bawah ini adalah bahan Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas:-

Sejarah penglibatan Cikgu Abdul Majid Mat Isa dalam Silat Gayong bermula pada bulan20hb Jun 1956 ketika beliau berusia 18tahun di bawah tunjuk ajar Meor Abdul Aziz, abang kandung Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim.Antara yang turut serta ialah Abdul Hamid, Abdul Rahman (abang Cikgu Abdul Majid) dan orang-orang kampung seramai 14 orang. Seterusnya gelangang tersebut dikelolakan oleh Ismail Mansur dari Pulau Pinang. Setelah enam bulan berlalu, gelanggang tersebut diambil alih pula oleh Kamari Melan dari Singapura.


Semasa Dato' Meor Abdul Rahman bersama Dato' Onn Jaafar melawat ke gelanggang tersebut, persembahan Abdul Majid bersama dua rakan pelatihnya Ramli Ibrahim dan Ramli
Maarof telah mengkagumkan kedua-dua pelawat tersebut. Bertolak dari lawatan
tersebut, Dato' Onn telah meeminta Abdul Majid dan dua rakanya itu untuk
mengikuti kursus lanjutan Seni Silat Gayong di Gelanggang Gayong Lorong
Fatimah, Woodlands, Singapura. Beliau juga turut berlajar daripada Dato' Meor
Abdul Rahman, ayahandanya Daeng Uda Mohd Hashim serta Tuan Guru Hj Hussein Dol.



Setelah genap setahun, Abdul Majid diarahkan kembali ke Kedah kerana diamanahkan oleh
Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia untuk mengembangkan silat tersebut ke
seluruh negeri Kedah.
Dari asuhan Cikgu Abdul Majid lahirlah kumpulan jurulatih handalan tanahair seperti Cikgu Awang Daud, Cikgu Ismail Chik, Cikgu Ahmad Lazim, Cikgu Adiwijaya dan Cikgu Ahmad Ismail.


Pada awal tahun 1960, Cikgu Abdul Majid, sekali lagi ke Singapura menjalani latihan
seni senjata di bawah bimbingan Cikgu Nordin Abdul Rahman. Turut mengajar ialah
Cikgu Siti Aishah Meor Abdul Rahman, anak perempuan Dato' Meor Abdul Rahman
yang pakar bermain kain 'cindai'.



Pada tahun 1978, akibat daripada pergeseran di kalangan ahli-ahli Silat Gayong,
Dato' Meor Abdul Rahman telah menarik jawatan Guru Kanan Tertinggi daripada
Cikgu Abdul Majid.
Pada tahun 1978 juga, beliau telah mengasaskan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.





#########################################
#########################################
#########################################



MATA PELAJARAN PUSAKA GAYONG


Mata pelajaran silat ini dibahagikan kepada 7 peringkat dimana ujian-ujian yang tertentu akan diadakan pada tiap-tiap peringkat untuk menentukan kecekapan dan kebolehan seorang ahli sebelum ke peringkat yang seterusnya. Mata pelajaran adalah  seperti berikut:
 




 

  
 

 
1.TapakPusakaGayung

 
  
  
  
Tapak Pusaka Gayung akan diajarkan kepada ahli-ahli
  yangbaru iaitu cara-cara senaman, gerakan senaman anak

  harimau, tapak asas kedudukan, tapak menyerang, pukul

  memukul dan seluruh permainan tangan kosong. Ini bererti

  boleh bermain buah tangkapan 21 biji, serta buah pentas serang
  menyerang21biji.


 

 

  
 

 


 

 

 

 

 

 

  
 

 
2a. Seni
Pusaka Gayung (Parang)



 
Pelajaran ini hanya diajar kepada ahli-ahli Gayung yang
  habis mempelajari matapelajaran Tapak Pusaka Gayung, tetapi mestilah mandi
  (memasuki) Seni Gayung. Mata pelajarannya akan diajar cara-cara tangkapan
  pisau sebanyak 25 tangkapan kunci mati, dan cara-cara bermain pentas pisau.
  Diajar juga tangkapan parang panjang serta bermain pentas parang panjang.

 
2b. Seni Pusaka Gayung (Lembing)


 
Pelajaran Lembing adalah di peringkat ke 4 iaitu Simbat,
  tetapi mata tikamannya tajam.

  Cara-cara menggunakannya:

 
      
  • Tikaman Lurus
  •   
  • Tikaman Sula
  •   
  • Tikaman Rimbat
  •   
  • Tikaman Hentak
  •   
  • Tikaman Rejang/Rejam
  •  

 
Asal usul pelajaran ini adalah
  dari Pahlawan Megat Terawis, Panglima Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

 

  
 

 

3. Seni Keris


 
Pelajaran ini diajar kepada ahli-ahli yang telah habis
  belajar pelajaran Seni Gayung, iaitu cara-cara bermain tikaman keris

  sebanyak 49 tikaman.

 

 


 
  
 

 

 
4. Seni Simbat

 
Matapelajaran ini diajarkan kepada ahli-ahli yang telah
  habis bermain tikaman keris. Matapelajarannya ialah cara-cara tangkapan orang
  hendak memukul dengan beda panjang seperti kayu, rotan, lembing dan
  seumpamanya.

 

 


 

 

 

 

 

  
 

 

5. Seni Yoi


 
Pelajaran ini diajar setelah habis pelajaran Seni Simbat.
  Pelajarannya adalah cara-cara mengalahkan musuh yang lebih besar atau kuat
  dari kita. Cara bermain ialah lompat melompat, tipu menipu seperti kera atau
  monyet, kaedahnya seperti ulat jejentik.

 

 

  
 

 

 
6. Seni Cindai

 
Pelajaran ini hanya diajarkan kepada wanita dan orang
  yang berumur 40 an sahaja. Permainan ini sangat merbahaya dan memerlukan
  kesabaran. Apabila berada dalam keadaan terdesak atau perlu sahaja barulah
  kita boleh bertindak menggunakan Seni Cindai iaitu dengan menggunakan
  selendang, kain tudung, tali, kain pakai, bengkong, tali pinggang, tali ikat
  kepala, dan rantai.

 

 

  
 

 

 
7. Seni Belian


 
Pelajaran ini diajar kepada orang tertentu sahaja, sebab
  ia menggunakan ilmu kebatinan. Orang yang mempelajari Seni Belian ini
  hendaklah beramal Qulhuallah 70 ribu dan ayat sembilan 17 kali sehari
  semalam. Apabila kita dalam keadaan terdesak atau terpaksa, kita akan
  mendapat pertolongan dari Allah dan permainan kita bertukar bermain seperti
  harimau.

 

INFO INI AKU DAPAT DARI SUMBER BLOG RAKAN DAN JUGA ANAK GAYONG

/////...BACA DAN RENUNG SERTA HAYATI SEKETIKA.../////

Wahai Saudara-saudara Seagamaku,,, Sahabat-sahabat Perjuanganku,,, Anak-anak Gayong,,,Anak-Anak Melayu,,,Anak-Anak Pejuang Fisabilillah... Ingatlah!!!

SESUNGGUHNYA APA JUA ILMU MAHUPUN SENJATA YANG KITA PELAJARI DAN TUNTUTI... DAN APA JUA ISTILAH SENI, YANG BERLANDASKAN SENI PERTAHANAN DIRI YANG TIDAK LARI DARIPADA AKIDAH DAN PRINSIP PERJUANGAN DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM,MENTAATI PERINTAH ALLAH DAN RASUL, MEMPERJUANGAN BANGSA DAN TANAH MELAYU YANG KITA SAYANGI DARI SEBARANG PENJAJAHAN... SESUNGGUHNYA MAKA KITA ADALAH SEDARAH DAN SEDAGING DAN SAUDARA SEISLAM MAKA TIDAK AKAN ADA YANG DAPAT MEMISAHKAN KITA HANYALAH MATI!!!