Cikgu Awang Daud


Wawancara Cikgu Awang Daud



Berikut saya paparkan wawancara penuh saya (verbatim) dengan Cikgu Awang Daud di rumah beliau di Kg. Sg. Ibor, Gurun, Kedah pada 5 Januari 2003.

Tentang pelajaran, yang saya belajar dekat Dato’ Meor buah tangkapan 1-7, kombat 1-7, pentas 1-7. Semua ada tujuh, tujuh, tujuh. Bila dah ada tujuh-tujuh tu, masa kursus jurulatih yang pertama, tahun 1973 di Taiping, Dato’ Meor suruh saya dengan Cikgu Majid, yang 7 semua jadikan 21. Kalau jurulatih sekarang ni kata dia pakar sampai 21, buah dia dapat (daripada Dato’ Meor) 21 biji, semua tu pelawak, pembohong! Baik Gayong Pusaka, Gayong Malaysia. Asalnya buah tangkapan, buah kunci ni 21 saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Buah pukulan 1 sampai 21, saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Semua daripada kami dua orang. Semua di bawah kami. Termasuk anak dia sendiri Badek, Siti Kalsom. Semua di bawah kami.

Kalau silat jangan tipulah. Kalau gurulatih yang baru-baru ni kata dia itu, dia ini, pembohong semua.

Arwah Dato’ Meor dulu dia bagi 7 biji. "Awang, saya mahu awak dengan Majid jadikan 21," kata Dato’ Meor. Bila jadi 21, ajar pada guru seperti Ahmad Lazim, Mat Putih, Kalsom, Badek, Sazali dan guru-gurulatih seluruh Malaysia. Semua turun ke Taiping tahun 1973. Kali pertama kursus gurulatih. Dan kali pertama juga dia isytiharkan tali pinggang putih, hijau, merah, kuning dan hitam. Tahun 1973 lah yang mula-mula sekali buat bengkung.

(Semasa kursus gurulatih) Dato’ bagi orang lain bawa. Bawa dia orang ni gurulatih pergi jogging. Tinggal saya dengan Cikgu Majid. Masa itulah susun pelajaran.

Memang 7 biji tangkapan. Belum ada lagi 21. Pukulan pun sama. Kombat 7 biji dia bagi. Kombat dia bagi kat saya di Singapore. Sebab di Singapore masa tu ada navy (naval base). Pangkalan navy di Woodlands. Semua bangsa ada. Mat Saleh, Korea, Jepun, India. Dia (Dato’) suruh saya mengajar navy. Dia kata hak silat jangan mengajar. Ajar kombat 7 biji aja. Kombat aja. Tahun 1961. Saya mengajar di Woodlands, Singapore. Memang kombat dia lain sikit daripada Cikgu Majid. Buah tangkapan semua sama (dengan Cikgu Majid). Saya dapat semua sama. Buah (tangkapan) semua sama, cuma pembawa dia yang ubah-ubahkan.

Hussain Kaslan, saya kenal dia tahun 1960 di Singapura. Sampai tahun 1963.

You tengok Pasak Singapore main dengan Kedah. Style Kedah main, dia ada lain sikit. Singapore dia main style lain, style zaman dulu. Style zaman tahun 1960-an. Zaman saya berlatih dulu. Saya tengok baru-baru ni, semasa lepas raya dia (Pasak) buat demo di Hotel Hyatt. Dia orang buat demo. Dia masuk tikaman yang pertama, saya dah tahu. Saya boleh baca dah satu sampai tujuh buah yang dia orang main. Memang buah tu aja. Tak payah saya tunggu sampai habis. Buah dulu-dulu. Memang dia main buah dulu-dulu. Buah tu memang saya belajar dulu. Memang saya tahu. Tak usah tipu. Bila anak murid dia main buah yang pertama, saya tau dah. Kejap lagi buah ni. Kejap lagi buah tu. Betul tak saya kata? Saya cakap dekat orang rumah saya, "Tengok, kejap lagi dia main buah ni, buah keris ya! Awak cuba tengok buah dua. Buah macam ni nanti." Baik yang main keris, tangan kosong, parang-rantai, main parang. Old punya. Buah dulu-dulu. Tapi bila dia orang tengok saya dengan anak-anak buah saya, termasuk guru-gurulatih sini main, (anak-anak buah saya semua; yang mana berlatih bukan anak buah Cikgu Majid, anak-anak buah saya semua tu; termasuk arwah anak saya, semua berlatih dekat saya.) bila orang-orang Singapore tengok kita main, dia kata, "Wow, macamana Cikgu, yang ini lain. Best lah buah ni. Minta Cikgu turunkan di Singapore. Satu minggu latih kami balik." Sebab saya, saya ikut keadaan semasa. Jadi, silat kita kalau kita tumpu pada cara lama, tak ada pembaharuan. Kita tak boleh pergi sampai atas.

Karate saya belajar, taekwondo saya belajar, judo saya belajar, wushu saya belajar, shaolin saya belajar, boxing Siam saya belajar. Sampai ke Bangkok. Atas daripada Bangkok lagi saya masuk bertanding.

Silat kita memang terbaik, tetapi orang kita tak ada latihan. Cuba silat kita dapat kepada orang asing. Dah lama berkembang. Lebih daripada ini lagi.

Cuba tanya Cikgu Majid. Dulu berlatih hari-hari. Lepas enam bulan, buat ujian.

Kita jadi guru silat atau kita jadi pesilat, kita jangan fanatik hanya silat kita yang terbaik. Silat olahraga ni cara kedudukan dia, cara dia serang, cara permainan, cara diri, cara dia punya art, dia semua tiru karate dengan taekwondo. Kalau dia bawa cara macam zaman saya dulu, dia bawa silat betul. Ini dia campur. Kira pemain-pemain silat olahraga tak pandai silat pun tak apa. Vietnam mana pandai silat! Tapi orang-orang dia semua champion karate, taekwondo semua tu. Blackbelt semua tu. Termasuk tok guru dia. Dia tu kawan saya. Saya tomoi boleh masuk. Silat olahraga ialah silat yang dicipta oleh kerajaan untuk menghapuskan silat Melayu. Jangan marahlah...

Yang zaman sekarang ni, anak-anak muda mahu yang mana? Dia mahu speed. Kita main kita tengok keadaanlah. Jet Li main macamana? Jacky Chan main macamana? Bukannya lawa tapi buah dia OK juga! Jet Li kita tengok dia main serius. Lepas tu kita tengok Chuck Norris main. Lepas tu kita tengok yang lain-lain main. Kita bezakan. Saya biasa discuss dengan arwah anak saya (Cikgu Zulkarnain). Main berpasangan dengan dia dari pukul 8.00 malam sampai pukul 2.00 pagi. Tapi jadikan lebih bagus daripada yang lain-lain. Kita gabungkan semua sekali...

Di Kelantan, saya buka Martial Arts. Saya try buka Martial Arts dua bulan. Silat-silat Gayong dan gelanggang-gelanggang silat lain semua tutup habis. Lari ke Martial Arts. Sebab dia tengok ada pembaharuan. Tapi Cikgu Majid kata, "Tolong tutuplah Martial Arts. Kalau buka Martial Arts, habislah silat." Betul.

Dia ada perbezaan (dulu dengan sekarang.) Budak sekarang, dia terima yang itu, itu aja. Buah satu dia pakai tu sampai dia mati tau! Dia tak tahu pecah, pecah, pecah. Dia kalau orang tu pakar dalam silat, dia gurulatih silat, saya bagi kat you 1 sampai 7, you boleh pecah jadi 49. Satu pecah tujuh. 7 x 7 = 49. Kalau 1 sampai 21? 21 x 7. Itu tak masuk pukulan lagi. Arwah Dato’ Meor dulu dia bagi tujuh biji. Dia minta saya dengan Cikgu Majid jadikan 21.

Buat kursus. Ambil tali pinggang. Budak-budak Cikgu Rashid tali pinggang merah, bila buat ujian (bengkung kuning) dengan saya tak lulus. Saya suruh keluar tetak kelapa muda bagi pecah. Genting, bata hentak kepala. Semua tak boleh buat. Ini tak boleh buat.

Kita kalau ujian sekarang ni, kita ikut silibus. Baguslah ikut silibus. Tapi kita free-sparring tu tak ada. Kita nak ambil merah. Bila ambil merah, kalau kita dapat merah, kita automatik jadi guru silat. Jadi gurulatih. Jadi kita kenalah free-sparring. Lima orang serang kita. Dah itu keistimewaan kita.

Dalam ujian, yang pertama kita suruh buat buah. Lima biji. Katakan buah 7, 17, 18, 20, 21. Lepas tu kita suruh buat pecahan. You belajar pecahan buah 1, buah 2 kan? Buah 3 paling banyak. Paling banyaklah. Kalau buah 18, buah 19, buah 20 belajar tak? Tak tahu kan? Bila kita suruh buat pecahan buah tu, tak boleh pergi. Itulah dulu tali pinggang, orang yang memiliki tali pinggang merah tu sekarang ni, dia tali pinggang hitam; taraf dia sama orang dulu tali pinggang merah. Taraf dia sama aja. Pelajaran yang dapat tu.

Pecahan dia tak tentu. Kadang-kadang 7. Kadang-kadang 10. Dia tengok keadaanlah. Sebab kalau kita dah master dalam buah, dalam pukulan ke, macam saya tunjuk you (pukulan berangkai), alih ni sikit aja saya boleh pergi sampai 5 (sasaran pukulan).

Kita nampak ni, dekat mana saya nak makan ni. Dia (musuh) cuma boleh nampak dia nak tangkap kita, dia nak makan kita. Tapi dia tak nampak yang saya nak makan. Awak nampak tak? Takkan saya nak tunggu.

Tu saya kata jangan fanatik...

Kalau sistem pukulan, pukul dulu. Serentak tiga sekali. Dia punya pukulan yang tahap masterlah. Apa yang awak belajar tu cuma tahap asas aja. Tapi awak mengaku memang bagus, memang lawa. Tapi tu cuma asas sahaja. Asas elakan. Dia maju, kita maju. Tak payah elak, saya terus masuk aja. Tak sempat nak elaklah, masuk terus aja. Dia pandai tomoi ke, apa ke, kita mana tahu? Sebab tu sepak dia ada macam-macam. Bukan hanya untuk duduk jarak jauh. Lagi dekat, lagi bagus.

LATIHAN KEKUATAN


Nak bagi kuat (tangan) kita pegang(tarik) getah (tiub basikal). Kaki, main getah juga. Nak bagi tinggi(sepakan), ambil besi ball-bearing, kita tarik kaki bagi naik, naik...

Tumbuk, guna punching bag. Punching bag, mula-mula bubuh habuk kayu. Lepas tu dicampur dengan pasir. Lepas tu, buang semua, bubuh pasir sahaja. Berat sikitlah. Berlatih dalam dua minggu. Ni lama sikit. Lepas dua minggu, buang separuh daripadanya, kita bubuh batu dengan pasir. Batu kecil-kecil; batu kerikil. Campurkan.

Silat, kegunaan (serangan) kaki ada 5 cara. Kalau tomoi dia ada dua. Dalam silat, kita kena kuat 5 bahagian kaki.

Ada latihan silat yang katok tulang kering dengan rotan. Untuk kuatkan urat-urat kaki. Kaki, dia merangkumi semua anggota kekuatan kita. Segala penyakit dalam badan kita duduk di kaki tau? Kalau kaki kita sihat bermakna badan kita sihat. Refleksologi - urut tapak kaki. Tapak kaki ada beratus cabang urat saraf; punca urat saraf. Dia kena kuat di situ. Kena mengajilah (kalau nak tahu).

KISAH MAHAGURU


Dato’ Meor dia ada alat-alat angkat berat. Saya malas(angkat berat). Bila dia tak nampak, saya letak kaki(atas besi angkat berat), golek-golekkan besi, bunyi pramm, pramm. Dia (Dato’) ingat kita tengah buat bench press. Kita (sebenarnya) dok relaks aja. Tak larat kadang-kadang. (Berlatih silat lagi.) Angkat besi lagi. Mana ada tenaga.

Seelok-eloknya dia suruh kita bangun pagi-pagi, lepas mandi, sarapan tu kita angkat (besi) tu sejam. Lepas sembahyang subuh. Petang kita berlatih silat. Malam kita angkat berat(di gym). Kalau kita berlatih silat petang, malam kita angkat berat. Kalau berlatih silat malam, petang kita angkat berat.

Dato’ selalu panggil saya suruh rasa otot tangan dia. "Awang, Awang, mari, mari. Pegang tangan ayah, pegang, pegang."

Dato’ sparring partner dia bertukar-tukar.

Dulu padding kena pakai guni, bangsa yang berat dan besar tu. Ambil empat helai guni(dan bebat/balut perut). (Saya kalau kena) buat-buat flat. Cikgu Majid kena, flat, flat betul(bukan buat-buat). Dia celik, kena lagi. Kita tahan nafas tau! Dia(Dato’) ada pakai ilmu-ilmu dalam.

Banyak yang ambil isim ni abang Cikgu Majid.

Hj. Harun anak murid saya. Belajar daripada A.

Gelanggang latihan di sebelah Balai Polis Kota Sarang Semut. Saya duduk situ. Rumah Mak cik Som. Datin yang tua. Dia memang orang situ. Dia(Dato’) buat macam gelanggang, ada bilik-bilik. Nak tidur, yang perempuan atas rumah dia, yang lelaki di gelanggang. Gelanggang tu terbuka kepada semua. Hj. Harun semua berlatih di situlah. Masuk Gayong, mandi Gayong di rumah itu. Dia bukan tempat untuk jurulatih aja. Dalam setahun ada sekali kursus untuk gurulatih. Untuk gurulatih sahaja. Saya dengan Cikgu Majid yang ambil alih. Dia(Dato’) dok kat luar. Bukan dia yang mengajar tapi Cikgu Majid. Dia(Dato’) cuma mengajar bila tengah-tengah malam, orang tak ada, orang balik habislah.

(Masa saya tengah mengajar) dia(Dato’) kata, "Haa bagus, bagus, bagus." Kita buat tak bagus pun semua bagus. Kejap lagi orang dah balik, dia kata, "Salah tu, salah." (ketawa)

(Dato’ ketika turun mengajar) kadang-kadang siap dengan tie, baju lengan panjang, siap dengan kot dia, dengan kasut Johnson. Dia bukan tanggal kasut. Kasut tak buang. Dia bagi tummm. Tak pengsan ke kita?

Baju tak pakai. Dia gulung kain pelekat. Dia tunjuk. Dia ajar gitu-gitu aja. Nak tengok dia pakai baju silat tak dak. Di gelanggang pun gitu juga. Dia pakai kain sahaja. Baju tak pakai. Dia bukan mengajar. Dia tak mengajar. Yang mengajar, saya dengan Cikgu Majid. Cuma dia turun bila nak tengok anak murid lain berlatih. Dia tengok, dia kata, "Bagus, bagus, bagus." Dia naik atas rumah semula. Bila orang dah balik habis, baru dia panggil Cikgu Majid dengan saya turun. Dia tegur jika ada kesilapan kita di gelanggang. Sekarang ni, gurulatih yang mana hak tinggi-tinggi, depan anak murid dia tegur(gurulatih). Jatuhlah standard. Jatuh standard(air muka) gurulatih.

Dia(Dato’) suruh kita atur(susunan buah). Dia bagi, bukan dia ingat. Apa yang dia ingat, dia bagi, bagi, bagi. Dia kata cukuplah. Buah pertama, buah kedua, buah ketiga. Kita aturlah(susun). Ni nombor 1, ni nombor 2, ni nombor 3, ni nombor 4. Bilangan buah yang diturunkan dia tak kira. Kadang-kadang kita kata, "Buah ni Dato’ kami bubuh no. 18." Dia jawab, "Ha, eloklah. Boleh. No. 18 pun bolehlah." Biasanya ikut turutan(terima buah), ini no. 1, no. 2, no. 3, no. 4.

Dia dulu tugas yang susun mata pelajaran ialah saya dengan Cikgu Majid. Lepas tu, silibus semua saya dengan Cikgu Majid yang susun mata pelajaran. Susun daripada mata-mata pelajaran yang kami belajar. Tapi masalahnya yang orang la ni belajar tak habis. Habis, pelajaran tu masih banyaklah. Masih banyak duduk dalam Gayong Pusaka.

Antara Gayong Pusaka dengan Gayong Malaysia, main lain. Bukan bermakna Gayong Pusaka lebih pandai. Gayong Malaysia pun anak murid saya. Tetapi kerana belajar tak habis. Tak sempat habis, kita dah keluar. Jadi, Gayong Malaysia lain, Gayong Pusaka lain. Jadi, dia keluar lagu tu bermakna Gayong Malaysia belajar tak dan habis. Tak sempat habis dah jadi dua pertubuhan. Jadi dua pertubuhan dia pecahlah. Lepas tu kita sekat orang Gayong Malaysia tidak dibenarkan masuk dalam Gayong Pusaka dan orang Gayong Malaysia tidak benarkan orang Gayong Pusaka masuk dalam Gayong Malaysia. Dia(PSSGM) kata kita menderhaka. Baru tahun-tahun akhir-akhir ini sahaja guru Gayong Malaysia kami terima berkursus (di Gurun). Dulu kami tak terima. Lulus kursus barulah pelajaran depa tu ada. Tapi ada juga yang dah ambil hak kita, dia pukul kita. Datang kursus dua hari, kita boleh kenal punya.

Kita ni profesional. Sebab kita silat, kita kena bawa ke alam profesional. Kita jangan bawa ke alam kampung-kampung.

Itulah, dulu arwah Dato’ Meor dia nak jurulatih-jurulatih dia badan mahu fit. Cikgu Majid pendek-pendek pun dulu badan strong tahu. Sekarang ni dah tua tak ada apalah. Sebab dulu cabaran dia nak jadi guru silat ni memang berat sikit. Mesti berani rempuh dugaan-dugaan. Pelajaran yang awak ada tu, awak guna pelajaran tu. Tapi awak jangan lupa baca Al-Fatihah dan Qulhuwallah. Selawat. Itu amalan yang dia (Dato’) suruh. Jangan tinggal langsung. Sebanyak 70,000 kali. Baca Al-Fatihah, Qulhuwallah sebanyak 70,000 kali. Al-Fatihah, selawat dan Qulhuwallah. Setiap satu 70,000. Tapi orang la ni ingat baca Qulhuwallah sebanyak 70,000. Selawat tak baca. Al-Fatihah tak baca. Dia mahu semua sekali. Tak kiralah lama mana nak habiskan. Saya dari tahun 1969 saya baca, sampai sekarang ni saya tak tinggal lagi. Tiap-tiap bulan puasa baca habis. Baca ketiga-tiga sekali. Baca wiridlah. O.K katakan waktu ni(Asar) awak selawat dulu. Ambil selawat 1000 kali. Maghrib awak baca Al-Fatihah 1000 kali, sampai ke Isyak. Lepas Isyak sampai ke tengah malam nak tidur tu, bacalah Qulhuwallah 1000 kali pulak. Jadi, dalam satu hari awak dapat semua - 1000, 1000, 1000. Besok awak buat 1000, 1000, 1000 lagi. Dia duduk dalam ketiga-tiga tu. Pendinding untuk diri kita pun duduk dalam ketiga-tiga tu. Kebaikan untuk diri kita pun duduk dalam ketiga-tiga tu. Yang paling Tuhan kasihi dan Rasulullah paling sayang kerana kita selawat banyak kat dia. Bila kita selawat banyak kat dia, berkatlah banyak kat kita.

SILIBUS LAMA


Sistem lama, dia tali pinggang putih, orang tali pinggang putih kita ambil daripada exercise, senaman, lompatan, rangkum semua gerakan tangan dan kaki jadi Rajawali 49. Hak tali pinggang merah sekarang ni baru tali pinggang putih dulu. Buah pentas kena main sampai buah 21, buah tangkapan, buah pukulan, buah pecahan. Baru dapat putih. Untuk tangan kosong, itu aja. Baru you masuk hijau. Hijau tu dikhusus banyak tongkat, banyak pisau, gerakan pisau, gerakan tongkat, gerakan parang. Sampai habis. Lepas tu baru dia masuk keris, masuk lembing, masuk cendai. Masuk merah. Sekarang tak dak. Sekarang kena cari. Itulah saya kata, modal habis, tak dak depa ni, tu yang sekat, sekat, sekat.

Hitam dulu powerlah. Hitam dulu kalau setakat tiga orang kita boleh lawan sambil tutup mata. Lawan senjata. Kira yang terbaiklah tu.

Merah biasa habis senjata semua.

Kuning dia bahagian-bahagian dia. Bahagian pecah genting, pecah kelapa, koyak kelapa dengan gigi, tokak besi panas, berjalan atas bara api. Bagi habis pecah-pecah semua genting, pecah kelapa apa semua. Hak dulu punyalah. Lepas tu dia kena ulang kaji balik, nak tengok dia ingat ke tidak, daripada buah asas, daripada buah 1, putih, hijau, merah, dia boleh himpun semua balik tak. Dah kita gulung semua daripada putih, hijau, merah, dah sampai hak yang pecah-pecah genting, kelapa (pemusnahan), baru dia masuk ke hitam. Jadi serba segala-galanya dia dah masuk dah. Baru dia pergi hitam.

Rajawali dia ada buah sendiri. Peringkat kuning. Gerak dia duduk dalam (bengkung) hijau, dalam merah. Buah dia dalam kuning.

Macam 4-5 orang serang, kena guna langkah yoi. Langkah yoi 1-21. Orang guna kayu, guna lembing, guna pisau, keris, parang, semua kita boleh guna(yoi). Tangan kosong lagi sedap.

Gerakan 10-20 dia lompat tepat. Dia dah masuk serangan harimau kumbang. Itu bahaya dah. Semua dia makan bawah.

Buah yoi dia banyak buah pukulan. Dia tak masuk buah tangkapan. Dia masuk buah pukulan banyak. Gerak dan masuk. Apabila berlatih, berlatih gerak dulu, tapak (yoi) dulu. Kalau dah stabil, tahu gerak, baru masuk buah.

Murid la ni kalau dia ambil putih, bila ambil hijau, pelajaran putih dia lupa habis. Dia dapat merah, pelajaran hijau dengan putih dia lupa. Dulu kalau kita nak ambil hak merah, dia uji hak putih dulu. Lepas tu dia uji hijau. Habis hijau baru uji merah. Tapi penatlah. Kuning - putih, hijau, merah uji dulu. Hitam - diuji semua sekali.

Zaman saya dulu, tumbuk (gerakan tumbuk) sahaja sebulan.

SEJARAH PUSAKA GAYONG


Gayong Pusaka - Datin no. 1, Gayong Malaysia Datin - no. 2. Dato’ pernah kata, "Gayong Pusaka hak aku. Gayong Malaysia pun hak aku. Aku untung sebab satu guru dua silat." Cikgu Ahmad Lazim pun dengar. Tapi dia orang nak nafi. Mak cik Som ibu yang tua. Hak Gayong Pusaka untuk ibu yang tua.

Tapi yang tak akui, orang yang cucuk-cucuk dia. Orang Gayong Malaysia. Nak ilmu kami boleh bagi. Kalau ikut sistem dalam pertubuhan PSSPGM (perlembagaan) tak boleh. Bila depa dah balik sana, depa kutuk kami. Banyak guru-gurulatih hak Gayong Malaysia yang datang sini, ambil pelajaran di sini. Balik di sana dia kutuk kami di sini. Saya tahu semua tu. Semua saya tahu. Budak-budak saya ramai di KL. Derhaka pada Dato’ Meorlah, inilah, itulah. Tak nak akui depa ambil pelajaran hak kami. Tak akui. Saya tahu semua tu.

Cikgu Majid buat rombongan lima buah bas ke Singapore. Untuk pergi melawat orang-orang Gayong Singaporelah. Orang bawa lari duit. Jadi rombongan tu tak boleh pergilah. Cikgu Majid yang uruskan semua (yang tandatangan surat). Orang tu yang kutip duit dah hilangkan diri. Kes itulah. Lepas tu Dato’ Meor pecat Cikgu Majidlah. Tarik balik semua jawatan-jawatan. Orang cucuk Dato’? Adalah. Memang adalah.

Lepas tu dapat settle balik. Yang nak pergi rombongan pun orang kami semua. Orang yang pergi rombongan semua tahu (cerita sebenar). Bukan Cikgu Majid yang ambil duit. Orang lain semua tahu. Tapi ada orang cucuk Dato’ suruh siasat. Pecat, tarik balik kuasa apa semua. Tak apalah kan? Lepas tu umum dalam surat khabar pulak kata Cikgu Majid penipu, menjatuhkan maruah Silat Gayong.

Orang yang nak pergi rombongan tak jadilah. Jadi depa tahu semua. Nak buat rombongan dari sini(Kedah), pergi menghadap Dato’ Meor di Taiping. Menghadap minta tarik balik, suruh Dato’ Meor tarik balik pemecatan. Dia tak mahu tarik balik. Lepas tu tak pergilah rombongan ramai-ramai tu. Pergi sebuah bas aja. Yang pergi kepala-kepala aja. Tapi waris-waris beradat, ketua-ketua beradat, semua guru-gurulatih Kedah kata kalau Dato’ tak mahu tarik balik, kami akan buka Silat Gayong lain. Termasuk Menteri Besar Kedah dulu, Tan Sri Osman Arof, termasuk MP, speaker negeri yang pergi rombongan ke Taiping tu. Balik daftar selalulah. Orang-orang ini(tokoh politik) jika daftar, sekejap aja pendaftaran lulus. Betul tak?

Lepas 2-3 bulan, kami datang ke Taiping. Kami bagitahu Dato’ Meor, "Dato’ sekarang ada dua silat. Silat Gayong Pusaka satu, hak Mak cik Som. Silat Gayong Malaysia hak Mak cik Idah."

GAYONG DAN PELAKON FILEM/DRAMA


Saya ajar silat kepada pelakon untuk berlakon aja(Choreographer). Jins Shamsuddin dia belajar Gayong awal lagi, dengan Cikgu Majid di Terong, Perak. Dia belajar awal lagi. Dekat Cikgu Majid. Sebelum dia jadi pelakon. Dia pergi ke Singapore, lompat terbang semua dia dah boleh. Jins Shamsuddin, dia memang baik dengan arwah Dato' Meor. Dia kursus dengan Dato' Meor terus. Wak Jasni di Singapura, dia khusus untuk pelakon di Jalan Ampas sahaja.

Saya, tawaran berlakon banyak. Semua saya tolak. Pasal drama moden ni banyak hero jambu-jambu, lawa-lawa.

Pelakon Ebby Yus belajar dekat Sani. Dia anak murid Sani. (Dia boleh buat backflip?) Ha, memanglah. Dia berlatih. Tu saya kata kalau rajin berlatih, tak kira badan besar mana dia boleh buat. Yang jadi masalah, saya gemuklah, saya tak boleh flip, badan saya berat. Memang tak bolehlah. Kalau kita sendiri, saya kata tadi keyakinan pada diri kita sendiri, kalau kita tak yakin pada diri kita, mana boleh buat saya gemuk, perut saya buncit, mana boleh bla bla bla...pun tak bolehlah. Kalau macam tu apa pasal badan gemuk macam ahli gusti boleh flip ke belakang? Pasal dia yakin pada diri dia, dia boleh buat. Kemudian, kita kena yakin kita boleh buat. Dia yang besar boleh buat, takkan kita yang kecil tak boleh buat.

(Latihan?) Latihan dia atas jurulatih jugak. Kalau anak murid kita nak buat sommersault ke belakang, kita kena pegang tali pinggang. Dua orang di kiri kanan. Lepas tu pegang tali sahaja(dua orang). Jangan pegang tali pinggang. Letak tali. Bukan lilit, letak di belakang. Suruh lompat. Angkat tali - sokong dia dengan tali. Sokong dia jangan bagi tumbang. Sambil tu (beri kata-kata perangsang), "Oh, pandai. Awak pandai. Pandai. Cantik. Cantik. Cantik." Dalam cantik, cantik, cantik tu kita jangan support. Letak sahaja tali(tidak payah lambung). Sambil kata, "Jangan takut. Saya ada." Guna psikologi, "Rasa tali tak?" sambil kita tarik hujung tali sedikit. "Ada, ada..." "1,2,3 lompat!!!" "Tak rasa tali pun?" "Awak buat laju, cantik, tak berasalah..."

Untuk flip depan, kita pegang bahu dia. Letak tangan kita tang tengkuk dia. Dia angkat kaki, kita lambung dia. Kemudian, letak tangan aja. O.K. 1,2,3 kita jangan angkat.

Handspring depan, kita pegang bahu dia. Dua orang boleh. Seorang pun boleh.

Saya dulu atas simen. Tak ada tilam, tak ada apa. Tapi tepi pantai. Lorong Fatimah, belakang dia tepi pantai. Air laut sebagai sokongan. Semua bengkung akan diuji flip, kecuali kuninglah.

KURSUS BENGKUNG HITAM


Guru Gayong Malaysia dakwa dapat hitam cula 4, cula 5 daripada gelanggang Gurun? Saya pun pakai hitam jalur dua aja(ketawa). Dia mesti melalui saya kalau nak ambil pelajaran hitam yang sampai cula ke-4, ke-5 dan ke-6. Kalau Cikgu Majid sahaja, tak boleh luluskan sampai cula ke-4, ke-5, ke-6. Ada pelajaran yang hak saya Cikgu Majid tak ada. Dato’ bagi sama. Bila kami dah atur semua pelajaran tu, jadi khusus macam Cikgu Majid, kalau orang ambil ujian, Cikgu Majid master bahagian tangkapan. Kalau bahagian pukulan dengan (serangan) kaki, saya. Kalau Cikgu Majid, dia master dalam bahgian tangkapan. Kalau orang KL yang ambil ujian di sini (dengan Cikgu Majid aja), maka dia master bahagian tangkapan aja. Tapi pukulan dengan kaki nak ambil dekat siapa? Kalau saya tak sign, tak lulus. Begitu juga jika dia ambil ujian dekat saya seorang. Dia ambil kaki dengan pukulan, tapi tangkapan Cikgu Majid tak sign, tak lulus. Kalau macam guru sekolah, subjek sains dia, matematik dia. Takkan dia semua kena mengajar? Ada pengkhususan masing-masing. Pukulan hak saya, kaki saya, lepas tu pecah-pecah kelapa, pecah genting, pecah apa semua, semua hak saya. Orang yang nak lulus tali pinggang hitam, semua hak ini yang nak lulus. Tangkapan dah tak kisah dah. Benda-benda ini semua ni. Kalau tak temu dengan saya, macamana nak kata lulus, tak lulus?

Hak (gurulatih) lain tu, ambil (pelajaran) dekat saya dengan Cikgu Majid, tapi kata Dato’ Meor yang bagi. Dia nak lindung kata saya yang bagi. Dia tak mahu duduk di bawah saya. Dia tak akan mahu mengaku dia anak murid saya. Saya tok guru dia. Dia kata dia belajar direct daripada Dato’ Meor. Pembohong! Dia datang sini, dia belajar dengan saya dan Cikgu Majid. Saya pergi ke Taiping pun, saya bagi(mengajar) dengan Cikgu Majid. Pergi ke Singapore pun saya bagi(mengajar) dengan Cikgu Majid. Dengan arwah Ramli(Cikgu Ramli Ibrahim dan Cikgu Ramli Maarof) sekali. Orang yang menjadi harapan dia(Dato’) masa dia muda-muda dulu. Lepas tu sampai dia uzur, (Gayong Pusaka) pecah daripada Gayong Malaysia. Dia uzur dia tak ajar apa dah. Dia pecah Gayong Pusaka dengan Gayong Malaysia sebenarnya dia dah tua dah. Tak larat apa dah. Masa pecah tu tahun 1978. Jadi dah tua dah, dia tak larat dah, dan dia dah tak larat, dia tak mengajar silat. Dia pakai smart-smart. Kot dengan tie, dengan kasut tajam dia. Dia tak mengajar silat dah. Dia cuma pergi melawat sana, melawat sini, melawat merata-rata dah. Pelajaran dah habis susun. Dengan Cikgu Majid habis dah. 1973 (kursus gurulatih pertama). Pelajaran Gayong Pasak takat Dato’ ada di Singapore aja. Tu lah saya kata tengok demo baru-baru ini, yang main semua stail lama dulu. Lama-lama dulu. Budak-budak saya tak pakai tu. Tak syoklah tengok.

(Orang lama Gayong Singapura Pak Sulong dakwa Gayong ni cerdik, buah asal cuma tujuh biji tapi la ni boleh jadi banyak?)

Memang Gayong (buah asal) 7 biji. Memang Gayong cerdik. Saya belajar 7 biji. Memang saya tak nafi. Memang 7 biji. Gayong Pasak, Pak Hussain Kaslan, dia jumpa saya hari tu, dia kata, "Memang cerdik. Awak memang cerdik Awang. Gayong 7 biji awak jadikan memang cantik main dia." Saya kata kat Pak Hussain, "Tak cantik macamana bang. Kalau kita melukis, kalau kita harap warna putih aja, cantik tak? Warna putih aja tak cantik. Kita kena campur warna merah, warna hijau, warna kuning, warna biru. Bila tengok dibubuh warna-warni, cantik tak?" "Oh, cantik," dia kata. "Macam kereta Pak Hussainlah, dia kita make-up lawa-lawa, bubuh spotlight warna kuning, cat warna-warni, cantik tak?" tanya saya. "Saya tak nampak kot tu. Kena pergi Singapore," dia kata.

DIPLOMA SILAT SENI GAYONG SCHOOL


Cuma yang ada 3 orang aja. Cikgu Ahmad Lazim tak ada tu. Singapore Gayong School. Yang dapat diploma - saya, Cikgu Majid, Cikgu Nordin Perlis dan arwah anak dia, Siti Aishah. Walaupun saya tak berlatih dengan Dato' Meor(di Taiping), pelajaran semua saya tahu.

AWANG DAUD’S MARTIAL ARTS


Dia(silat lain) nak cedok kat mana dia punya pasallah. Macam saya juga. Saya duduk di Kelantan, saya buka martial arts. Kita tak ambil buah silat Gayong. Buah-buah, saya tak ambil hak Gayong. Saya gabungkan sendiri karate, taekwondo, wushu, boxing Siam. Saya gabungkan, saya jadikan satu Martial Arts. Kalau tengok buah saya lebih canggih daripada Silat Gayong. Memanglah Cikgu Majid tuduh orang Gayong nak campur adukkan dengan karate, taekwondo, wushu, apa semua. Memang sayalah. Dia smash kat sayalah. Saya buka martial arts. Memanglah. Dulu saya gabungkan semua. Wushu saya belajar. Karate saya belajar. Kungfu saya belajar. Permainan kayu India saya belajar. Boxing Siam saya belajar. Gabungkan semua sekali. Saya cari yang canggih-canggih semua. OK macam karate dia punya kepakaran bahagian tendangan. Tendangan dia memang hebat kan? Taekwondo dia punya pattern. Cantik kan? India dia punya permainan kayu. Boxing Siam cara dia tumbuk dengan siku. Serupa dengan buah silat. Saya masuk semua. Cantik tak? Barulah bunga tu bunga silat. Pukulan saya ambil hak silat. Saya ambil separuh. Misalnya daripada 13 steps, saya ringkaskan jadi 3 steps sahaja. Jadi, orang hendak hak banyak ke hendak hak sikit? Janji musuh jatuh. Janji KO. Jadi, bila saya buka di Kelantan, ibu bapa bawa anak-anak. Anak kecil-kecil. Hak tadika pun ada, hak darjah satu, darjah dua. Pegang anak dua-dua tangan, mari berlatih dekat saya. Yuran RM25 sebulan. Kalau 3 orang? Sebulan dekat RM75 untuk belajar (Martial Arts) aja. Belajar silat RM3 sebulan. Setahun lebih di Kelantan. Sampai dalam istana pun saya buka. Sampai semua Pertahanan Awam, Tentera, Polis semua masuk habis. Pusat Pengajian Tinggi apa semua, Nilam Puri apa semua, semua habis masuk. Saya cuba serap ke dalam Gayong. Orang-orang Gayong Kelantan merayu, "Cikgu buat camtu, walaupun RM3, tak ada orang berlatih. Semua lari pergi ke Cikgu habis." Habis, 18 cawangan saya buka. Saya, arwah anak saya dan 6 orang jurulatih. Sampai istana saya masuk. Dia gelanggang Silat Gayong semua jadi gelanggang Martial Arts. Nama dia Martial Arts. Dia diregister. Di Kuala Lumpur, tempat saya di FINAS. Semua artis belajar Martial Arts. Depa tengok Awang Daud’s Martial Arts. Dengan logo saya depa pakai berlakon drama. Ada lagi orang dok pakai. Siap logo, semua siap. Dengan baju, dengan logo, dengan register. Semua siap. Kalau tidak, tak luluslah.

Kalau kita pergi ke Kuala Lumpur dan tanya guru karate, guru taekwondo, guru shaolin di KL, guru yang besar-besarlah, yang kecil-kecil tak payahlah, siapa dia Awang Daud? Nanti dia kata, "Kalau lu tak kenal siapa tu Awang Daud, lu tak usah belajar silatlah. Tak guna lu masuk silat kalau lu tak kenal Awang Daud."

PERTANDINGAN JUARA PENDEKAR KEDAH


Juara Pendekar di Kedah dia buka kepada semua (seni bela diri). Peraturan dia jangan bagi mati aja. Jangan pukul mata, jangan pukul buah penyawa. Atas badan semua boleh pukul. Superstar hak kuat, hak terror, lawan dengan budak yang latih di sini(Gurun), tercabut tangan. Terkulai. Kena dengan budak-budak sinilah. Budak sini sebelum saya buat pertandingan tu saya latih 3 bulan dululah. Bagi latihan ala tentera habis. Selama 3 bulan. Lepas tu baru keluar borang untuk pertandingan. Dah buat persiapan dulu. Tapi biasanya tuan rumah memang begitulah. Kalau Sukan SEA kita jadi tuan rumah, lagi dua tahun dia bagitahu siapa tuan rumah. Jadi kita preparelah. Juara silat semua orang Gayonglah. Taekwondo depa tak masuk. Bila dia tengok kali pertama dia tak masuk. Dia (tuan rumah) kata hari pertama dia bagi silat aja. Silat Gayong sahaja. Untuk pemilihan ke peringkat antarabangsa ni. Kalau karate dan taekwondo nak masuk, tunggu hari kedua. Tengok-tengok yang habis pecah muka, yang selak, yang terkopak. Mereka tarik diri. Mana nak masuk. Tak boleh nak masuk. Tak nak masuk sebab ganas. Jurulatih taekwondo hak Kedah dia kawan baik saya. Dia kata, "Cikgu buat gitu mati ooo…" Peraturan dia memang ada. Jangan pukul sini, jangan pukul situ. Peraturan dia gitulah. Macam silat olahraga jugak (cuma tiada padding.) Line hitam. Kalau awak fight, awak masuk dalam kawasan hijau. Kalau awak keluar dari line merah, bermakna awak terkeluar(out). Sebab awak takut nak lawan. Awak lari keluar. Kalau kena tendang dan terlambung keluar, dia boleh masuk balik. Kalau sengaja lari keluar, memang out. Kira outlah. Kalau dia dapat kunci, macam gusti, dapat kunci sampai tak boleh buka, dia dikira menang. Muka boleh dipukul tapi dengan tapak tangan. Silat dia dah buat lama dulu pertandingan terbuka banding dengan K-1 di USA.

Saya ilmu mengurut saya tak ada. Dato' bagi kat orang lain saya tak tahu. Saya ilmu(isim) Dato' Meor semua saya tak belajar. Pak Ngah Mat Khir dengan Cikgu Majid belajar. Saya tak belajar. Saya belajar fight aja. Kursus khas saya ialah untuk fight aja. Saya tak belajar ilmu-ilmu rawatan, ilmu pendinding dan lain-lain.

Kalau silat di seluruh Malaysia, termasuk 368 jenis silat di Malaysia, asalnya silat yang terbang, yang melenting, yang apa semua, Silat Gayonglah. Lepas tu bertahun-tahun kemudian, baru ada silat lain timbul, yang boleh terbang(menghambur). Silat Gayong Kuntau Jawa Kedah - Pak Hussein. Lepas tu timbul pula Silat Gayong Singa Berantai - Hassan Topok.

PENYATUAN GAYONG


Cadangan awal - Gayong Malaysia nak bubar Gayong Pusaka dan lantik Cikgu Majid jadi Guru Utama dan Cikgu Awang sebagai pembantu. Dia punya pelan awallah. Jadi, kita serapkan Gayong Pusaka dalam Gayong Malaysia.Jadi, boleh ke? Saya kata Silat Gayong Pusaka jangan hapus. Biar Cikgu Majid masuk PSSGM dulu. Lantik Cikgu Majid dulu. Masuk dalam Gayong Malaysia. Saya akan urus dalam Gayong Pusaka. Tak boleh ke? Kena hapus? Saya kata kami pendaftaran masih hidup. Gayong Malaysia dah mati(pada masa tu). Baik Gayong Malaysia masuk dalam Gayong Pusaka. Lagi bagus. Ohh tak boleh, dia kata. Awak nak hidupkan Gayong Malaysia, awak nak matikan kami. Tapi hak kami hidup, hak awak punya mati. Jadi dia nak gunakan hak Gayong Pusaka ni, nak gunakan untuk hidupkan Gayong Malaysia. Mana boleh, saya kata. Gayong Malaysia masuk di bawah Gayong Pusaka, bernaung di bawah Gayong Pusaka. Dia tak mahu gitu. Ahmad Lazim tak mahu gitu. Kalsom pun tak mahu gitu. Nak suruh hapus Gayong Pusaka. Sorry lah saya kata.Ya lah memang dia orang(PSSGM) nak ambil Cikgu Majid pegang Lembaga Adat. Bila ambil Cikgu Majid, secara automatik orang kata Gayong Pusaka akan ikut dia orang ni. Tentu dia akan ikut bapak dia, Cikgu Majid. Tapi saya kata sorry lah. Saya tak ikut. Biar saya tak mengajar silat, tak mengapa. Apabila Cikgu Razali meninggal, Ahmad Lazim yang kuat dengan Cikgu Majid. Yang suruh bubar Gayong Pusaka. Suruh masuk dalam Gayong Malaysia sebab dia pegang pewaris dalam Gayong Malaysia. Dia pewaris Gayong Malaysia. Pewaris masih banyak yang ada. Dia mana boleh pegang. Fadilah ada lagi. Anak Dato', Fadilah.

CIKGU AWANG DAN TOKOH SILAT LAIN


Gayong Fatani asal Pattani. Anuar Wahab tu kawan baik saya. Pernah belajar Gayong atau tidak, saya tak tahu. Tapi Cikgu Majid kata Anuar anak murid Gayong. Tapi dengan saya dia tak belajar. Saya tak pernah tahu dia belajar Silat Gayong. Dia belajar dekat Cikgu Majid. Ataupun dia belajar dengan Dato' Meor. Tapi saya tak tahulah. Wallahualam. Tok guru dia orang Kedah. Orang Pendang. Tok guru dia anak murid Dato' Meor juga. Wallahualam.

Cekak tu tok guru dia orang Perak. Pak Ya tu. Saya tak kenal Pak Ya. Tapi yang Azmi Long bawa tu (Kalimah). Juga Ustaz Hanafi (Cekak). Ustaz Hanafi tu dia masa nak buka silat, masa tu saya tak kahwin lagi, saya baru belajar silat, dia datang ke rumah Cikgu Majid. Dia selalu tengok saya. Saya masa tu tengah ajar kursus tumbuk genting, pecah genting, kepak besi. Dia minta saya bekerjasama dengan dia pergi jual ubat. Saya tunjuk kuat, dia jual ubat. Azmi Long dia jual ubat bodybuilder. Saya tunjuk kuat, dia jual ubat. Lepas tu hilang. Dia hilang. Ustaz Hanafi hilang. Muncul kembali, Azmi Long dengan Silat Kalimah, Ustaz Hanafi dengan Silat Cekak.

Lincah pulak, sejarah dia kalau orang tanya saya, saya tak tahu. Yang saya tahu saya yang buka gelanggang di rumah Omar Din. Makan nasi beriani. Arwah En. Razali Salleh yang bawa saya, pergi dengan Cikgu Majid. Itu yang saya tahu.