Warna Pusaka Gayong


Lambang Kebesaran

Lambang Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia adalah seperti berikut:

  • Lengkongan bulan sabit
  • Bintang lima di atas
  • Rupa kepala singa
  • Keris dua bersilang
  • Lembing dua bersilang
  • Tali cindai melilit di batang lembing
  • Parang panjang di bawah

Kesemua ini dijadikan serumpun tanda lambang yang akan dipakai oleh pelatih murid Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Lambang ini akan dilekatkan di atas kain 5 warna dan dijadikan pula bendera kebesaran bagi Pusaka Gayong. Bendera ini akan berkibar di hari kebesaran Pusaka Gayong.


Lambang Tanda Pusaka Gayong

Tanda -tanda Pusaka Gayong ialah warna yang dipakai oleh pelatih/muridnya iaitu:

  • Warna Putih

kebersihan dan kesucian diri

  • Warna Hijau

keIslaman

  • Warna Merah

asal kejadian manusia seketul darah merah,

  • Warna Kuning

kebesaran, kedaulatan, sedia taat setia kepada raja.

  • Warna Hitam

bayang diri sendiri iaitu bayang yang tiada menunjukkan
corak dan tiada perbezaan antara manusia.

Lambang Tanda Kebolehan Permainan Pusaka Gayong

  • Bengkong atau Jalur Putih

Pelatih yang boleh bermain Tapak Pusaka Gayong Peringkat . Pertama.

  • Bengkong atau Jalur Hijau

Pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Gayong Peringkat . Kedua.

  • Bengkong atau Jalur Merah

Pelatih yang boleh bermain Seni Keris Pusaka Gayong
Peringkat Ketiga (bermain senjata).

  • Bengkong atau Jalur Kuning

Pelatih yang boleh bermain Seni Yoi dan Simbat Pusaka
Gayong Peringkat Keempat.

  • Bengkong atau Jalur Hitam

Pelatih yang boleh bermain Seni Cindai dan Belian serta
keseluruhan permainan Pusaka Gayung Peringkat Kelima.